top of page

Pembangkang tidak faham ekonomi, sebar dakyah dalam kekaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 22
  • 2 min read

Berbanding Pakatan Harapan sewaktu jadi pembangkang yang mempunyai barisan pemimpin bijak dalam mengulas ekonomi, pembangkang PN hari ini malangnya tidak mampu mengulas ekonomi dengan fakta yang tepat.


Menurut Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong Kian Young (gambar), pemimpin PN pada waktu ini ghairah menyebarkan pandangan mereka yang separuh masak hingga terbabas menggambarkan ekonomi Malaysia dalam keadaan buruk, tetapi tidak mampu membuktikannya dengan analisis atau data.


"Itu (dakwaan) menjadi halunisasi golongan tersebut akibat keadaan mereka, yang biasanya atas desakan kepentingan peribadi tidak dipenuhi (dalam politik), atau gagal dicapai.


"(Oleh itu) rakyat harus berhati hati dan bijaksana (menghadapi golongan ini) agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka.


"Kebanyakan mereka yang beriya iya menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar adalah dalam kalangan ahli politik yang tidak ada kedudukan dalam kerajaan.


"Kalangan mereka yang bukan ahli politik pula, jika diteliti merupakan golongan yang mempunyai kepentingan yang bersumberkan aktiviti politik (tentera siber dan sebagainya)," kata David Cheong dalam kenyataan.


Namun katanya, kedudukan atau jawatan bukanlah ukuran dalam mengkritik atau mengutarakan idea namun seseorang itu seharusnya mempunyai pengetahuan yang cukup sebelum berbicara mengenai sesuatu isu.


Katanya, tidak wajar pengkritik kerajaan berada dalam keadaan "bandwagon syndrome" atau "copy paste" dalam menghentam polisi sehingga tidak dipedulikan kesahihan maklumat yang akhirnya akan membuat rakyat biasa terkeliru atau merosakkan pemikiran mereka.


Beliau memberi contoh video TikTok Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengulas itu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang memaparkan 'ikan tingkol dan ikan bilis' bertajuk perluasan skop SST, dengan persoalan siapa yang akan terkesan.


Malangnya, kata David Cheong, video itu tergantung tanpa penjelasan lanjut untuk menjadi pertimbangan rakyat.


Hakikatnya, kata beliau, di bawah pemerintahan Kerajaan Madani pertubuhan ekonomi meningkat naik dan amat memberansangkan.


Beliau memberi contoh, antaranya laporan The Star 12 Dis 2024, “Bursa Malaysia records higest number of IPOs in 19 years with 55 listing in 2024”, BERNAMA pula 13 Mei 2025 “Pelabur asing teruskan belian di Bursa Malaysia dengan Aliran Masuk Rm422.6 juta”.


"Kadar pengangguran di Malaysia pada 2025 diunjurkan berapa pada tahap 3.1 peratus. Kadar ini merupakan kadar terendah dalam tempoh 10 tahun.


"Ini menunjukkan pasaran buruh yang stabil, terus berkembang dan meningkat. Laporan sebegini jika kita ajukan soalan kepada mereka (wartawan), saya yakin ianya berdasarkan "primary source" bukan rujukan rambang atau rekaan," katanya.


Tegas beliau, ekonomi Maaysia bukanlah merudum atau berada di luar kawalan seperti digambarkan pembangkang. Sebaliknya ekonomi berada di landasan yang betul dan sedang berkembang pesat.


"Sebab itu jadi pemimpin, kita tumpukan kepada kemajuan negara, bukannya sibuk berpolitik dan menyerang lawan.


"Ketua Pembangkang dan partinya pernah berpeluang (memerintah 2020 - 2022) dan terbukti gagal ketika memerintah negara.


"Oleh itu saya nasihatkan Ketua Pembangkang agar amalkan sifat tabayyun sebelum menyebarkan maklumat," katanya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page