top of page

Pembangkang tiada kabinet bayangan, hanya mahu kuasa, tiada pasukan pentadbir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 25
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pembangkang yang menganjurkan himpunan Turun Anwar tidak perlu diberikan sokongan kerana tidak mempunyai pasukan pentadbir cekap serta mampu mengambil alih pemerintahan negara.


Bagi Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (gambar), sikap pembangkang yang menganjurkan himpunan jalanan esok hari tanpa mahu menunggu pilihan raya umum untuk menukar kerajaan, menunjukkan sikap mereka yang tidak mempedulikan kesejahteraan rakyat.


Katanya, perjuangan pembangkang sejak dua tahun lalu hanya mencipta kegelisahan politik dengan motif mahu menumbangkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi tidak menunjukkan kualiti pentadbiran atau sumbangan idea yang setaraf Menteri Kerajaan Madani.


''Sejak dua tahun yang lalu, kita menyaksikan pembangkang lebih gemar memainkan isu politik sempit, sentimen perkauman dan agama yang memecah-belahkan rakyat daripada mengangkat isu-isu dasar negara yang penting.


''Dalam perbahasan di Parlimen pula, sesetengah mereka jarang sekali memberi cadangan bernas atau alternatif dasar yang membina.


''Malah ketika diberi ruang untuk membangkitkan isu rakyat dan kawasan masing-masing, ada daripada mereka yang lebih memilih untuk membuat serangan politik secara membuta tuli, mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pengundi sendiri,'' kata beliau dalam satu kenyataan.


Hakikatnya Choon Man berkata, pembangkang gagal menampilkan pasukan pentadbir yang baik untuk tidak mengulangi label 'kerajaan gagal' pada era 2020 - 2022 lalu.


Bidas beliau lagi, sudah lebih tiga belanjawan negara dibentangkan oleh Kerajaan Madani namun tiada satu pun belanjawan alternatif daripada pihak pembangkang dikemukakan.


''Tiada kabinet bayangan yang serius dibentuk untuk meneliti, menyemak dan menimbang kerja setiap kementerian.


''Ini jelas menunjukkan mereka tidak serius dan tidak berminat untuk memperbaiki keadaan negara, sebaliknya hanya dahagakan kuasa untuk kepentingan diri.


''Kini, tatkala kerajaan sedang fokus membangunkan semula ekonomi, membantu rakyat dan menyelesaikan masalah yang diwarisi sebelum, pembangkang pula terus menabur fitnah, memainkan sentimen rakyat dan mencetuskan persepsi ketidakstabilan.


''Mereka mahukan jalan pintas untuk kembali berkuasa, bukan melalui mandat rakyat, tetapi melalui jalan manipulasi persepsi,'' tempelak beliau lagi.


Mengenai himpunan 'Turun Anwar' yang akan berlangsung esok di ibu negara, Choon Man menyifatkan tindakan itu sebagai 'gelabah' dan gila kuasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page