top of page

Pembangkang sokong usul baik, demi bantu rakyat dan frontliners Covid-19


Sebarang usul yang baik termasuk peruntukan elaun petugas barisan hadapan Covid-19 sudah tentu akan disokong oleh pembangkang, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.


Beliau berkata sokongan pembangkang terhadap usul yang baik boleh dibuktikan menerusi sokongan yang diberikan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang yang berkaitan Covid-19.


Baginya, pembangkang memainkan peranan besar dalam memastikan setiap usul dan peruntukan menepati keperluan semasa rakyat ketika ini.


"Kita perlu teliti tugas atau pun fungsi pihak pembangkang dalam Parlimen untuk proses semak dan imbang.


"Sekiranya tidak ada langsung pembangkang, maka sesuatu yang dibawa ke perhatian Parlimen tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan untuk diteliti dengan lebih mendalam.


"Contohnya, isu yang dibangkitkan ketika ini adalah peruntukan elaun 'frontliners', benda-benda seperti ini perlu diteliti oleh pihak kerajaan," katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani.


Fahmi juga menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang membuat keputusan untuk menolak permohonan darurat bagi membolehkan Belanjawan 2021 dibahaskan di sidang Parlimen pada bulan November ini.


"Bila sesuatu usul itu dibahas di Parlimen, ia memberi lebih banyak peluang untuk suara didengari.


"Kalau berlaku darurat...Nauzubillah, tidak ada sidang Parlimen, tidak ada peluang mendengar dalam Dewan Rakyat tentang pro dan kontra.


"Tetapi alhamdulillah Duli Tuanku bertitah tidak perlu darurat, jadi sidang Parlimen boleh diteruskan," katanya.


Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR bersetuju dengan titah Agong yang meminta ahli-ahli politik supaya memberhentikan segala 'politicking' buat masa ini yang boleh menjejaskan kestabilan negara.


"Isu pokok pada masa ini bukan untuk menukar kerajaan, sebaliknya, usaha-usaha untuk berdepan pandemik Covid-19," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page