top of page

Pembangkang sokong Belanjawan Tambahan, gunakan dengan cermat, tolak penyelewengan



Pembangkang menyokong Belanjawan Tambahan RM45 bilion yang dikemukakan Kerajaan memandangkan penggunaannya untuk pembelian vaksin Covid 19.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) bagaimanapun memberi amaran pembangkang mengingatkan kerajaan agar mengunakan dana tambahan tersebut dengan cermat dan telus.


"Penggunan dana ini haruslah cukup teliti dengan mengambil kira pengurusan kerajaan itu telus dan tidak ada ketirisan serta pembocoran


"Tidak boleh kita lihat keperluan KWAN (dana pencen) ini dalam konteks mendesak yang saya terima. Kalau tujuannya membeli vaksin ada kemunasabahannya tetapi seperti mana kita tahu alasan ini kita harus juga terima dengan beberapa pertimbangan.


"Pertama pengurusan kita cekap, tidak ada ketirisan, pembaziran dan ada kaedah tatakelola yang ketat termasuk cara kita perolehi vaksin.


"Seperti mana YB Menteri tahu, sampai sekarang kita tidak punyai maklumat lengkap dan teliti kos vaksin dan cara perolehannya. Ini pertimbangan yang berat, kerana saya arif dengan pembentangan KWAN, KWAP ini, masa itu kumpulan wang amanah pencen.


"Memikirkan tidak munasabah generasi sekarang menggunakan dana tanpa memikirkan kemungkinan generasi akan datang membayar hutang yang tinggi.


"Maka sebab itu KWAN dan KWAP diperkenalkan. Perbelanjaan harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Bila Menteri menyebut tentang keperluan vaksin tentu kita pembangkang sukar menolak kerana tujuan khusus dan mendesak," kata Anwar.


Namun Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu meletakkan kaveat pada persetujuan dengan hanya membenarkan perbelanjaan yang telus sahaja dan hal selainnya tidak akan dikompromi.


"Sebab itu kita menyatakan persetujuan tetapi ada kaveat yang jelas. Dana ini terpaksa kita luluskan kerana masalah kritikal vaksin dan keduanya peringatan dengan jaminan Menteri Kewangan yang tegas.


"Kita akan bertindak (memeriksa kerajaan) selepas ini dengan mengambil kira sistem perolehan, tender terbuka dan tidak seperti Kementerian Pertahanan sebelum ini yang kita tanya tidak dijawab. Ini tidak boleh kita terima. Soal pemberian milik tanah, balak sewenang-wenangnya. Ini terkait. Bila ada masalah kita guna wang KWAN tetapi yang menimbulkan masalah awal itu kita.


"Jadi jangan ambil ketetapan kita (pembangkang) bersetuju semuanya beres. Kita dalam keadaan sekarang terpaksa berbelanja. Kita tidak memperakui kecurangan yang berlaku sehingga menghadapi kemelesetan dan keadaan ekonomi sekarang," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page