top of page

Pembangkang Selangor makin lemah - ADUN Batu Tiga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 7, 2024
  • 1 min read

ree

Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid menyifatkan keyakinan pembangkang terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang, Mohamad Azmin Ali semakin melemah.


Pandangan itu dilontar susulan tindakan ADUN Selat Kelang, Abdul Rashid Asari pada Khamis yang menyatakan sokongan serta merta kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.


"Dengan sokongan dinyatakan Adun Selat Klang itu memperlihatkan betapa keyakinan pembangkang terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang (Azmin) mula hilang.


"Penyertaan Abdul Rashid akan melonjakkan prestasi negeri serta memberikan manfaat yang baik untuk rakyat khususnya di Selat Klang," katanya dipetik.


Abdul Rashid Asari sementara itu berkata, prestasi pembangkang di sidang DUN juga dilihat semakin lesu.


"Ketua Pembangkang kerap menimbulkan spekulasi dan tohmahan dalam dewan, sedangkan beberapa Ahli Dewan Pembangkang ingin turut serta dalam memberi pandangan serta hujah konstruktif untuk membangunkan negeri," katanya


Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Bersatu Selangor ketika memaklumkan keputusannya untuk mengalih sokongan terhadap Amirudin berkata, ia setelah meneliti ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran Kerajaan Negeri.


Langkah mengalih sokongan itu juga susulan beberapa siri tindakan Perikatan Nasional terutamanya Perikatan Nasional Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.


"Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page