top of page

Pembangkang perlu sokong pemulihan negara, bukan berkonfrantasi



Tindakan pembangkang PN yang menilai proses reformasi negara sebagai gagal hanya selepas 10 bulan Kerajaan Perpaduan berkuasa adalah keterlaluan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, pembangkang seharusnya memberi tempoh masa yang lebih panjang memandangkan keadaan pemerintahan yang kacau bilau sebelum ini.


Beliau yang bersetuju dengan analogi kartunis dan pengkritik sosial tanah air, Zunar baru baru ini yang berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan house cleanning pada tahun pertama pemerintahan berkata, kejayaan menunaikan janji Reformasi hanya boleh dinilai pada tahun kedua.


"Ini dinyatakan oleh kartunis politik Zunar dalam forum beliau baru-baru ini, Malaysia masa kini ibarat "rumah yang bersepah" dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk "membersihkan rumah".


"Perubahan memerlukan masa, terutamanya apabila rejim terdahulu meninggalkan banyak masalah dan kelemahan.


"Kita perlu memahami masalah yang telah lama berlarutan di Malaysia tidak dapat diselesaikan dalam semalaman. Parti pembangkang semasa memerintah turut meninggalkan masalah dalam pelbagai bidang, termasuk rasuah, ketidaksempurnaan sistem, ketidakadilan sosial, dan sebagainya.


"Perlu beri Kerajaan Perpaduan peluang sekurang-kurangnya selama setahun untuk memulakan kerja dan kemudian menunjukkan hasil reformasi. Ini adalah adil dan munasabah," katanya dalam satu kenyataan.


DS Anwar disambut oleh rakyat yang dahagakan pembaharuan struktural negara

Menurut Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur itu lagi, pembangkang pada masa sama perlulah menyedari kelemahan negara sejak sedekad lalu.


Dalam proses pemulihan, kata Andre Lai, pembangkang seharusnya tidak mencetuskan sebarang konflik yang mensabotaj agenda negara.


"Parti pembangkang seharusnya merenung secara mendalam kesilapan mereka semasa memerintah, bukannya mencetuskan konflik untuk menghalang proses pembaikan


"Parti pembangkang, jika tidak dapat bekerjasama, sekurang-kurangnya tidak mengganggu proses reformasi," katanya.


Justeru, beliau berharap rakyat akan memberi peluang secukupnya kepada pentadbiran PMX untuk membuktikan kemampuannya memenuhi janji perobahan.


Manakala parti pembangkang, kata beliau, sebaik baiknya terlibat dalam proses politik secara membina, menyumbang kepada pembangunan, memperkukuh perpaduan negara atau menyumbang idea membangun ekonomi.


"Hanya dengan cara ini, kita boleh bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih sejahtera dan bersatu," kata Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu lagi.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page