top of page

Pembangkang Perak tiada angka, gagal kemuka nama calon Senator



Pembangkang DUN Perak hari ini gagal untuk menggugat Kerajaan Perpaduan apabila gagal menamakan calon Senator bagi pihak mereka.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, PN Perak yang sebelum ini mendakwa ada ADUN Kerajaan Perpaduan 'mendatangi' mereka sepatutnya mengunakan peluang pengundian melantik Senator mewakili Perak sebagai kayu ukur bilangan ADUN yang menyebelahi mereka.


Namun, kata Arafat, nama calon senator bagi pihak pembangkang pun tidak dihantar kepada Speaker dan menandakan pembangkang tidak bersedia untuk mengalahkan Kerajaan Perpaduan.


"Pertama, dia tak berani menyahut cabaran. Kedua, calon pun mereka tidak dapat kemukakan.


"Saya sendiri dapatkan maklumat daripada pejabat Speaker. Kita tanya bagaimana boleh tak ada calon daripada pembangkang?


"Saya difahamkan oleh pejabat Speaker, nama calon tidak dikemukakan cuma borang kosong saja," katanya dipetik Kosmo.


Terdahulu, Arafat mencabar Ketua Pembangkang Perak, Razlan Zakaria untuk menggunakan usul melantik Senator bagi membuktikan Kerajaan Perpaduan hilang sokongan.


Malangnya, kata Arafat, keadaan terbalik dan menunjukkan PN pula yang tidak stabil kerana tidak mampu mendedahkan sokongan yang dimiliki sebagaimana didakwa sebelumnya.


"Sebelum ini seperti yang sedia maklum saya telah mencabar untuk mendedahkan bukti dakwaan Ketua Pembangkang (ada sokongan).


"Maka seperti yang sedia maklum, setelah selesai insiden ini, terbukti bahawa apa yang didakwa oleh Ketua Pembangkang adalah satu pembohongan," katanya lagi.


Pembangkang PN boleh menunjukkan angka berada pada pihak mereka dalam usul Rang Undang-Undang (RUU), RUU Unggas dan pemilihan senator negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page