top of page

Pembangkang kandas usaha gagalkan kelulusan RUU Perbekalan 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 34 minutes ago
  • 1 min read
ree

Hasrat pembangkang untuk menggagalkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 atau Belanjawan 2026 menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat pada Selasa, tidak berhasil.


Sebaik sesi penggulungan selesai, pembangkang diwakili Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menggunakan peraturan mesyuarat 46 (4) untuk meminta undi belah bahagian diadakan.


Keputusan undi menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju, 35 tidak hadir, manakala seorang tidak mengundi, sekali gus mengesahkan RUU itu diluluskan di peringkat dasar.


Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


Dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu, Belanjawan bertemakan “Belanjawan Rakyat” itu memperuntukkan RM470 bilion, merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan.


Selain itu, ia turut melibatkan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun dan syarikat MKD (RM10.8 bilion).


Sementara itu menurut takwim Parlimen, perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi RUU itu akan bermula hari ini hingga 27 November depan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page