top of page

Pembangkang gesa usul tidak percaya, speaker beri seribu satu alasan


Ahli parlimen pembangkang menggesa speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun supaya mengutamakan usul undi tidak percaya di Parlimen.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perkara itu kini boleh dibuat berdasarkan usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak yang mengesahkan bahawa Ahmad Faizal Azumu tidak mempunyai majoriti sebagai Menteri Besar.


"Ini melibatkan legitimasi kerajaan. Perdana Menteri mewakili majoriti dewan, dia kena dapat keyakinan itu dalam perlembagaan, kita harap bahawa perkara ini diputuskan supaya ada kestabilan politik negara, saya mohon usul ini dipercepatkan," katanya di Dewan Rakyat.


Speaker bagaimanapun memaklumkan bahawa dia tidak tahu menahu cara untuk mengutamakan usul percaya atau tidak percaya di Parlimen.


"Saya ambil maklum perkara itu, tetapi saya tidak tahu bagaimana usul percaya di DUN Perak di tangani oleh sepaker, saya tak tahu peraturan mesyuarat mana dan di bawah kuasa apa dinaikkan.


"Saya tidak terikat dengan apa-apa tindakan lebih lebih lagi speaker DUN, saya kurang pasti bagaimana dia lakukan perkara tersebut, saya kurang pasti peraturan mesyuarat digunakan di DUN negeri masing-masing.


"Keputusan selama ini untuk tidak naikkan usul yang dicadangkan bukan suka-suka hati, saya buat kajian yang amat mendalam, kalau lihat amalan demokrasi Westminster, speaker memang tidak ada kuasa menaikkan usul percaya atau tidak percaya ke nombor satu," katanya.


Beliau turut menggunakan contoh usul percaya dibuat di Parlimen United Kingdom.


"Speaker UK ketika berdepan soalan usul undi percaya berkata dia belum dapat apa apa 'indication' bahawa kerajaan mahu menaikkan usul itu, jadi kuasa bukan di bawah tangan speaker. Ramai ahli parlimen, cendekiawan, peguam kata saya ada kuasa, tetapi saya tidak ada kuasa dan saya sedia tunjuk kajian saya," katanya.


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bagaimanapun bangkit membidas kenyataan speaker.


"Kita tak terikat dengan Westminster, kita negara berdaulat, tindakan speaker DUN Perak menunjukkan jalan bahawa perkara itu boleh diberi keutamaan terutamanya bila ahli parlimen Gua Musang buat satu usul.


"Di DUN Perak satu usul, tetapi di Dewan Rakyat kita ada sampai 15 ke 16 usul jadi saya merayu speaker meneruskan untuk beri keutamaan kepada usul ini," katanya.


Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar juga menganggap kenyataan speaker tidak masuk akal.


"Kalau nak tunggu 'indication' dari menteri, sampai kiamat usul itu tidak akan naik ke dewan," katanya.


Sim pula mencelah bahawa menteri mempunyai konflik berkepentingan.


"Menteri ada conflict of interest, menteri tidak akan bangkitkan usul ini kerana mereka takut," katanya.


Malangnya, speaker enggan meneruskan debat tersebut dengan hanya mengatakan 'ia bukan hal saya'.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page