top of page

Pembangkang gagal bangkit isu sebenar, tidak faham geopolitik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berpendapat hujahan yang dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat berhubung beberapa isu pada waktu ini masih tidak menyentuh perkara sebenar yang perlu diberi perhatian.


Beliau berkata, hal itu misalnya apabila Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pendamai antara Kemboja dan Thailand baru baru ini yang sepatutnya menerima sokongan pembangkang tanpa berbelah bahagi bagi menunjukkan kesepaduan ahli politik di belakang PM menghadapi kemungkinan campur tangan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS).


"Nak kritik boleh.. tapi jangan izinkan kuasa-kuasa besar masuk untuk jadi pendamai. Kena lihat kenapa Donald Trump (Presiden AS) mengambil masa lama untuk menghubungi PMX?


"Sebelum itu tidak, (ini) kerana kejayaan Pengerusi ASEAN kita mendamaikan kedua-dua buah negara dengan menjadi orang tengah. 


"Amerika ini dia nak masuk (campur tangan). Dia masuk selalunya berlaku perang. Masuk Vietnam, Kemboja, Iraq, Syria (semua perang).. ini perangai AS.


"Jadi kita sekarang ini jauhkan mereka (AS) dan sepatutnya pembangkang bercakap soal ini. Soal campur tangan kuasa besar, tapi dari segi geopolitik, Ahli Parlimen (pembangkang) saya nampak kurang kuasai," katanya.


Beliau berkata demikian dalam rancangan bual bicara Skop Malaysia Gazette (Skop MG) yang bertajuk "Sampai Bila Nak Tanam Politik Kebencian?" yang disiarkan secara atas talian malam tadi.


Dalam rancangan sama, Mohamad berkata, pendedahan bersiri melibatkan skandal penyelewengan pada ketika ini dilihat agak berkurangan.


"Semak dan imbang memang tiada masalah. Mengkritik kalau ada penyelewengan atau disyaki berlakunya rasuah.


"(Jika) disyaki melakukan rasuah, dedahkan. Itu tak jadi masalah.. tapi pendedahan seperti itu kita nampak masa (pakatan Harapan) jadi pembangkang dulu, misalnya (Ahli Palimen Pandan) Rafizi Ramli.


"Mungkin sekarang tak ada berlaku skandal seperti itu, saya nampak agak kurang (pendedahan pembangkang).


"(Apa yang) ada bising, hentam itu ini.. (ia) bukan hujah. Itu biasa berlaku untuk bisingkan Parlimen," ujar beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page