top of page

Pembangkang bermesyuarat di Parlimen, bukti Parlimen selamat

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Mar 22, 2021
  • 2 min read

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bermesyuarat di Parlimen hari ini, sekali gus membuktikan bahawa sidang Parlimen selamat untuk diadakan ketika darurat.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat itu dibuat bagi memberi mesej kepada kerajaan bahawa tidak ada masalah untuk bersidang di Parlimen.


"Bolasepak boleh diteruskan, panggung wayang boleh berjalan, tak ada sebab sama sekali Parlimen tidak bersidang.


"Kita membantah kepada keputusan penggantungan Parlimen, walaupun Agong telah berikan pandangan bahawa darurat tidak bermakna sidang parlimen digantung. Jadi kita hanya tunggu keputusan perdana menteri.


"Bila Agong berikan pandangan maknanya baginda beri gambaran jelas bahawa pandangan kerajaan itu tidak tepat untuk menggantung Parlimen," katanya.


Anwar juga berkata, mesyuarat ahli Parlimen pembangkang itu dapat diadakan atas dasar kuasanya sebagai ketua pembangkang.

"Kita mohon kepada speaker untuk berikan kerjasama. Jadi beliau benarkan sebahagian ahli Parlimen masuk bermesyuarat.


"Kuasa ini sama ada speaker, atau kerajaan, perdana menteri, atau ketua pembangkang, jadi saya gunakan kemudahan yang ada pada ketua pembangkang untuk mengundang ahli Parlimen hadir.


"Saya pilih dewan makan, supaya agak luas tapi speaker bagi bilik yang kecil walaupun kita nak patuh SOP," katanya.


Dalam mesyuarat tersebut, Anwar berkata ahli Parlimen pembangkang sepakat dengan keputusan untuk membantah pengisytiharan darurat.


"Darurat tidak mengemukakan apa-apa asas yang munasabah terutama penggantungan Parlimen. Kita satu-satunya negara menggantung Parlimen bersama Myanmar. Tidak ada sebab munasabah gantung Parlimen.


"Kita juga bincang soal Covid-19, langkah langkah diambil, menggalakkan rakyat untuk mengambil vaksin dan tidak menangguhkan jadual, daftar ikut Mysejahtera. Kerajaan juga perlu mengambil kira pakar pandangan lain.


"Soal ekonomi kita putuskan supaya ada jawatankuasa. Masalah pengangguran amat serius ketika ini.


"Kadang-kadang angka yang diberikan kerajaan itu nak melunakkan tapi kalau kita tengok anak muda siswazah universiti, jumlah pengangguran 17.3 peratus dan ini tidak termasuk dibuang kerja dan kerja sementara.


"Kita juga bincangkan usul spesifik kepada kerajaan iaitu jawatankuasa pendidikan kerana banyak perkara jadi haru biru, soal buka sekolah, peranti. Keputusan dibuat cara gopoh gapah dan tidak membantu anak-anak kembali ke sekolah.


"Kita bincang soal perundangan dan keselamatan. Dalam tempoh beberapa hari Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan memutuskan langkah- langkah berikutnya," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page