top of page

Pembangkang amal politik adu domba, kalahkan PN di Pulai



Oleh: Noraini Nordin


Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli menyelar blok pembangkang yang suka memainkan politik adu domba dan menakut-nakutkan rakyat berkaitan sentimen kaum serta agama pada setiap kempen pilihanraya diadakan.


Katanya, pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sebelum ini, termasuk di DUN Hulu Kelang kawasan beliau bertanding, perkara itu menjadi mainan yang dilakukan setiap hari oleh mereka.


"Mainan politik mereka jelas bukan untuk kebaikan, tetapi melebarkan lagi perpecahan di kalangan rakyat," ujarnya ketika berucap di ceramah Perpaduan di Taman Dahlia, Pulai, malam semalam.


Untuk itu, Juwairiya berharap pengundi Pulai tidak mudah terpedaya atau termakan fitnah yang dimainkan pembangkang yang semata-mata hanya ingin menang dan bukan membawa kebaikan kepada rakyat.


Serentak itu, beliau berpesan agar jentera PH-BN tidak mudah leka, sentiasa bekerja keras untuk rakyat dan memperkukuhkan perpaduan sehingga ke hari pengundian.


"Jangan mudah selesa, walaupun kita adalah kerajaan di peringkat pusat dan di negeri Johor ini, kita harus terus mendengar denyut nadi rakyat.


"Itu yang rakyat mahu daripada kira sebagai kerajaan," tambah beliau.


Juwairiya juga mengingatkan jentera PH-BN agar berusaha sebaik mungkin memastikan jumlah yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai ini mencapai tahap yang memuaskan.


Menurutnya berdasarkan pengalaman dalam PRN Selangor baru-baru ini, terdapat beberapa kerusi di mana calon PH-BN kalah dengan jumlah undi yang sangat tipis disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah.


Sehubungan itu, tegas beliau, harus dipastikan seramai mungkin pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.


"Yang berada di dalam Pulai atau yang bekerja di luar seperti di Singapura, mereka harus mengundi pada 9 September nanti," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page