Pembalakan punca banjir besar di Pahang?



Pelbagai pihak mula meragukan kenyataan pihak berkuasa bahawa banjir besar di Pahang pertengahan Disember lalu tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan.


Selain keanehan kawasan yang biasanya tidak dilanda banjir bandang seperti Karak, Lanchang dan Bentong, rakyat juga hairan melihat banjir kali ini membawa sisa balak hanyut yang teramat banyak, malah di beberapa bahagian Lebuh raya Pantai Timur arah Terengganu dipenuhi batang batang balak bersimpang siur.


Bagi Presiden Alam Malaysia, sebuah NGO alam sekitar, Khaidir Ahmad, balak hanyut bukan sahaja merosakan tanaman penduduk kampung yang dilanda banjir malah telah merempuh rumah dan beberapa keluarga tidak lagi mempunyai kediaman selepas banjir.

Rumah penduduk musnah dirempuh balak hanyut

Katanya, beliau keliru dengan kenyataanJabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung banjir lumpur berserta sisa kayu itu kerana hanya merujuk Hutan Simpan Lentang yang dikatakan tidak berlaku pembalakan.


Sedangkan katanya, banjir melanda rangkaian Sungai Semantan dari Telemong, Bentong dan Karak hinggalah ke Lanchang, Mentakab dan Temerloh.


"Adakah banjir yang berlaku di rangkaian Sungai Semantan itu hanya berpunca dari apa yang dikatakan “kepala air” yang datang dari Hutan Simpan Lentang sahaja?


"Tidakkah kepala air itu juga datang dari Hutan Simpan Bukit Tinggi dan kawasan sekitarnya seperti Genting Highlands dan Janda Baik yang gondol, bukan hanya dengan kegiatan pembalakan tetapi juga penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan mewah dan pertanian haram?" tanyanya dalam muat naik di Facebook.


Khaidir juga mendakwa berlaku pembalakan di Hutan Simpan Lakum dan sekitarnya tetapi tidak diulas oleh JPNP.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER