top of page

SST buah import: Petani mesti bijak, tingkatkan hasil buah tempatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 24
  • 2 min read
ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ini yang antaranya memasukkan buah-buahan import dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus sebenarnya adalah rahmat kepada petani-petani domestik.


Hal itu secara langsung akan menyebabkan rakyat lebih memilih buah-buahan tempatan yang tidak dikenakan sebarang cukai sebagai makanan harian mereka berbanding buah-buahan import yang lebih mahal harganya.


Dengan cukai yang dikenakan ke atas buah-buahan import juga adalah rangsangan kepada petani tempatan untuk lebih berusaha meningkatkan hasil pengeluaran dan menambah keluasan ladang pertanian.


Pasaran buah tempatan dapat bertahan


Pasaran untuk buah-buahan tempatan dengan sendirinya lebih mendapat perhatian.

Penulis merasai rambutan segar di kebun
Penulis merasai rambutan segar di kebun

Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri pula sekarang mengarahkan semua jabatan kerajaan agar hanya menghidangkan buah-buahan tempatan dalam majlis yang mereka adakan.


Langkah yang diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semata-mata bertujuan untuk menyokong hasil petani domestik susulan peluasan skop cukai SST yang berkuatkuasa 1 Julai depan.


Menurut Perdana Menteri, arahan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) itu perlu dipatuhi semua pihak dalam sektor perkhidmatan awam.


"Makanlah buah tempatan, perbendaharaan dah bagi arahan ya, ‘no imported fruit’ ya.


"Jadi, kalau seluruh jabatan kerajaan (ikut arahan), maknanya peluang petani mengeluarkan bahan-bahan tempatan itu lebih banyak," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya baru-baru ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, amalan seperti itu telah menjadi kebiasaan di beberapa negara jiran yang dilawatinya seperti Vietnam, Laos dan Thailand di mana makanan tempatan disediakan buat tetamu negara dalam acara rasmi kerajaan negara berkenaan.

Buah buahan tempatan akan mendapat permintaan tinggi apabila SST dikenakan kepada buah import
Buah buahan tempatan akan mendapat permintaan tinggi apabila SST dikenakan kepada buah import

"Ini kadang-kadang saya tengok dulu di Seri Perdana, (hidang) ikan kod, ish saya kata tak payahlah. Bagi ikan keli pun tak apa, sesetengah orang dengan ikan keli dia geli. Saya suka ikan keli," selorohnya.


Harus sambut usaha Kerajaan Madani


Mudah kata, kita sebagai rakyat harus menyambut baik langkah Kerajaan Madani mengenakan cukai jualan lima peratus kepada buah-buahan import itu.


Selain mampu menambah hasil negara, rakyat dan petani tempatan lebih mendapat manfaat daripadanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page