top of page

Pembakaran Al Quran: Sengketa Politik Memperguna Agama




Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Dunia Islam telah digemparkan oleh perbuatan biadap Rasmus Paludan yang melakukan provokasi terhadap umat Islam melalui tindakan membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Sweden. Perbuatan terkutuk itu mendapat restu kerajaan Sweden apabila demonstrasi membakar Al-quran oleh Rasmus Paludan mendapat perlindungan pihak polis semasa dilakukan.


Perbuatan tersebut dikutuk pelbagai pihak termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mahu Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) memberi amaran keras kepada kerajaan Sweden bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak berdiam diri berhubung sebarang isu penghinaan terhadap Islam.


Isu yang diherotkan


Isu pembakaran Al-Quran oleh Rasmus Paludan sebenarnya tidak berpunca daripada pergeseran agama atau etnik tetapi ia berpunca daripada isu politik antara kerajaan Turkiye dan Sweden. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah memulakan usaha untuk membawa Sweden and Finland ke dalam pakatan ketenteraan mereka selepas Rusia mengisytiharkan perang terhadap Ukraine.

Mohd Fauzi Fadzil

Namun Turkiye (salahsatu anggota NATO) dilaporkan membantah keanggotaan Sweden dalam NATO. Turkiye adalah satu-satunya anggota NATO (daripada 30 anggota lain) yang menentang keanggotaan tersebut.


Sweden dan Finland dituduh oleh Menteri Luar Negeri Turkiye sebagai secara terbuka menyokong perjuangan Kurdistan Workers' Party (PKK) dan People’s Protection Units (YPG). Sweden dan Finland beranggapan mereka tidak melindungi pengganas tetapi hanya melindungi pejuang demokrasi yang dituduh sebagai pengganas oleh kerajaan Turkiye.


Tindakan Erdogan yang mahukan 73 individu yang dianggap sebagai pengganas untuk dipulangkan kepada kerajaan Turkiye sebagai timbal balas penyertaan Sweden dan Finland ke dalam NATO akhirnya membawa kepada peristiwa pembakaran Al-Quran oleh Rasmus Paludan seorang pemimpin pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark.


Protes radikal


Sweden kini menghadapi keadaan tidak tenteram selepas insiden pembakaran Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye itu. Kumpulan yang tidak bersetuju dengan tindakan Rasmus Paludan telah melakukan protes secara radikal yang mengakibatkan 40 anggota polis Sweden cedera semasa mengawal tunjuk perasaan yang telah bertukar ganas.


Tunjuk perasaan yang bertukar ganas di bandar Orebro, Sweden turut mengakibatkan 4 buah kereta polis dibakar, malah 4 orang awam turut tercedera. Sepanjang tunjuk perasaan tersebut, anggota polis yang bertugas telah dibaling dengan batu oleh hampir 150 orang penunjuk perasaan.


Keadaan terus dikeruhkan lagi dengan ancaman oleh Rasmus Paludan yang mahu meneruskan aktiviti pembakaran Al-Quran di beberapa kota majoriti komuniti muslim di Sweden, malah ancaman tersebut tersebut akan dilakukan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.


Kekalkan keharmonian Malaysia


Rasmus Paludan akhirnya dinasihatkan untuk membatalkan rancangannya itu. Namun Paludan bertindak sangat agresif bagi mendapatkan sokongan masyarakat memandangkan Danish Legislative Elections akan berlangsung pada bulan September tahun ini. Rasmus Paludan sebelum ini telah dihalang untuk kembali ke Sweden selama 2 tahun apabila memulakan provokasi yang sama pada tahun 2020. Isu ini juga telah meningkatkan kembali ketegangan serius terhadap komuniti muslim di Eropah.


Di Malaysia seluruh masyarakatnya secara sepakat menolak perbuatan Rasmus Paludan yang biadap. Bagaimanapun kita di Malaysia juga harus berjaga-jaga agar tidak wujud mana-mana individu yang bakal menjadi ‘Rasmus Paludan’ versi Malaysia memandangkan Pilihan Raya Negeri melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan bakal berlangsung kurang 6 bulan lagi.


Jika wujud mana-mana pihak yang cuba untuk bermain sentimen perkauman dan keagamaan maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa, terutama mesej-mesej yang disampaikan melalui platform media sosial. Keharmonian dan keamanan Malaysia perlu terus dipelihara walaupun kita terpaksa mengorbankan ahli politik yang tidak bertanggungjawab.


_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Duta Perpaduan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page