top of page

Pembahas Selangor, Wilayah Persekutuan beri peringatan berguna kepada ahli KEADILAN


Pembahas Negeri Selangor, Halimey Abu Bakar memberi peringatan supaya ahli-ahli KEADILAN tidak leka sebaliknya fokus untuk terus memantapkan parti.


Beliau berkata, walaupun rakyat semakin yakin dengan kepimpinan KEADILAN yang menerajui kerajaan terutamanya di Selangor, beliau menyifatkan perjalanan parti masih jauh.


"Kita perlukan pemimpin dan ahli-ahli berkualiti serta komited dengan perjuangan parti.


"Jangan syok sendiri antara kita, gaduh antara kita, terlalu berprasangka antara kita. Akhirnya musuh nanti ambil kesempatan mencari ruang yang ada," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional Ke-15.


Dalam pada itu, pembahas Wilayah Persekutuan, Mundzir Zahir juga mengingatkan ahli-ahli parti supaya bantu-membantu antara satu sama lain, serta tidak hanyut apabila mendapat jawatan.

"Ya, kita berhasrat mahu mengecilkan jurang kaya dan miskin di negara ini namun kita harus ingat, ketika mengimpikan untuk ubah negara, jurang kekayaan sesama anggota parti juga kian melebar.


"Ada segelintir pimpinan kita selepas dapat jawatan mengambil peluang seberapa banyak harta mereka suka, tatkala ada kalangan anggota kita yang nak makan pun tak cukup.


"Ada yang seolah-olah tidak peduli sama ada pendapatan itu halal atau haram.


"Kita tentunya tidak ingin parti ini bertukar dari parti mesra rakyat marhaen kepada parti mesra tauke kaya.


"Maruah diri lebih tinggi nilainya dari wang ringgit, tolonglah jangan sekali-kali gadaikannya," katanya.


Beliau juga meminta ahli parti supaya bermuhasabah dengan diri sendiri dalam meneruskan perjuangan parti.


"Kita berhasrat mahu menjadi sebuah negara yang adil dan saksama namun tanya diri kita kembali, apakah prinsip keadilan ini ada dalam diri kita, jangan sibuk mahu ubah negara sahaja.


"Kita kuat mengkritik kerajaan PN tentang undang-undang, double standard dan sebagainya tetapi jangan kita leka dengan diri kita, ini seperti apa yang disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasarnya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page