top of page

Pembahagian kerusi PH N Sembilan hampir selesai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11, 2023
  • 1 min read


Perbincangan mengenai agihan kerusi melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kini di peringkat akhir.


Perkembangan itu didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri semalam.


Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, hasil perbincangan yang bakal dicapai kelak akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan.


Sementara itu, Aminuddin ketika ditanya mengenai agihan kerusi bersama Barisan Nasional (BN) untuk PRN negeri berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat.


"Perbincangan itu bukan hanya di negeri ini tetapi melibatkan keseluruhan enam negeri yang akan menghadapi PRN," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu.


Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) PH dan BN tidak berdepan masalah untuk mengekalkan penguasaan di negeri itu.


PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.


Kedua-dua gabungan itu kini bekerjasama susulan jajaran baharu politik negara pasca PRU-15 lalu.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page