top of page

Pembahagian kerusi PH 90% selesai, rundingan berjalan lancar



Pembahagian kerusi sesama komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri telah pun 90% selesai dan 10% lagi akan diputuskan segera.


Menurut Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN, G Manivanan, pembahagian kerusi kali ini berjalan lancar serta lebih mudah untuk diputuskan.


"Saya difahamkan setakat minggu ini hampir 90% isu kerusi sudah selesai (dirundingkan), KEADILAN dan juga PH.


"KEADILAN telah selesai lama. Ada kala bila dibawa ke majlis PH benda itu diselaraskan sekali. Untuk PH 90% selesai.


"Yang ada pun kerusi yang perlu penelitian atau perbincangan khusus. Kerusi itulah yang ada saki baki dan akan dibincang minggu hadapan. 10% ini akan diputuskan minggu depan," katanya kepada Suara Keadilan.


Ditanya mengenai kemungkinan terdapat kerusi KEADILAN perlu dikorbankan kepada parti lain khsususnya BN, Manivanan berkata hal itu belum boleh dimaklumkan kerana perbincangan masih berjalan.


"Buat masa ini terlalu awal untuk maklumkan kerana perbincangan ini secara meluas. Bila ada satu kerusi perlu dikorbankan, mesti ada satu kerusi yang diminta.


"Jadi benda itu tidak boleh dipisahkan. Kadang kadang ada juga yang melibatkan dari negeri ke negeri. Negeri ini kita korbankan, negeri lain kita minta. Tak boleh kata Kelantan selesai atau Selangor selesai.


"Malah jika telah selesai di peringkat PH kita ada peringkat Kerajaan Perpaduan. Ada beberapa layer dan level. Kali ini lebih mencabar tetapi saya rasa setakat ini perjalanan mesyuarat adalah cantik, lancar dan kemas," ujarnya.


Bagaimanapun menurut Manivanan, proses agihan kerusi lebih baik kerana PH telah pun banyak pengalaman bersama sekutu baharu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, PRN Johor 2022 dan PRU 2022.


"PH sudah banyak pengalaman duduk bincang dengan parti parti komponen. Jadi nak bawa ke hadapan akan jadi tidak rumit sangat dengan persefahaman di peringkat PH


"Bila dibawa ke peringkat Kerajaan Perpaduan benda itu boleh diselaraskan dengan baik. Tidaklah seperti diramalkan sesetengah pihak ada isu pergelutan, perpecahan.


"Saya rasa mungkin peringkat awal ada, masing masing nak kerusi. Tetapi bila kita gunakan hujah, data, 'profailing' tertentu dan itu menyenangkan mana mana pihak untuk menghazam dan mengakui bahawa sesuatu pihak itu ada kekuatan sendiri dan perlu beri ruang dia bertanding," katanya lagi.


Kerajaan Perpaduan dilaporkan menggunakan formula kerusi yang telah dimenangi akan kekal kepada parti yang menguasainya dan hanya kerusi yang tidak dimenangi dirundingkan. Formula tersebut memudahkan pembahagian kerusi terutama di negeri yang telah sedia diperintah oleh PH.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page