Pembahagian kerusi ikut formula baharu
- Redzuan Shamsudin
- Mar 16, 2023
- 1 min read

Pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri untuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu akan dilakukan berdasarkan formula baharu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hal itu kerana terdapat parti baharu dalam Kerajaan Perpaduan khususnya BN yang tidak pernah wujud dalam mana mana pilihanraya sebelum ini.
"Kerusi dipertahankan kita clear, berdasarkan keputusan PRU 14. Misalnya di Kedah, kalau ikut PRU 2018 kelmarin, PH membentuk kerajaan bersama Bersatu, Bersatu keluar kerajaan jatuh.
"Tetapi kita menang 9 kerusi, DAP 2, Amanah menang banyak. Namun keputusan PRU baru ini (jika dibawa ke DUN) PH cuma bertahan di 4 kerusi.
"Kita tahu detailnya. Contoh Lunas kita kalah, berapa ratus. Perkara itu kita kaji. Bersama BN adakah berlaku bertambah undi?
"Strategi rundingan kerusi akan bergantung kepada incumbent (kerusi dipertahan) dan PRU 15 lalu. Kemudian kita tengok aspek boleh menang dan potensi bersama BN," katanya dalam sidang media mengumumkan tarikh Kongres Nasional Khas di Ibu Pejabat KEADILAN, tengah hari tadi.
Kempen dan culaan pula, menurut Menteri Dalam Negeri itu tidak seperti sebelum ini. Katanya, lebih banyak faktor dapat dinilai misalnya soal pendapatan, lokasi, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya yang mempengaruhi sokongan kerana lebih banyak data mudah diperolehi ketika ini berbanding pilihanraya sebelumnya.
Menurut beliau, kajian data berkenaan telah dibentangkan kepada pimpinan PH dan strategi juga dibuat berdasarkan data berkenaan.
"Progresnya bagus, terutama melibatkan rundingan kerusi. Kemudian agenda mobilisasi, sekaligus strategi telah pun dibentang ke jawatankuasa PH, terutama sains data berkenaan PRU 15 membabitkan 6 negeri.
"Kita juga dapat data SPR yang didedah pada hujung Jan lalu. PH telah lakukan kajian dan itu menjadi aas perundingan kerusi dan membina strategi," katanya lagi.
Comments