top of page

Pematuhan peraturan tidak memuaskan: Menteri temui pengurusan TikTok



Tahap pematuhan undang undang Malaysia yang lemah oleh pengendali aplikasi media sosial TikTok sejak kebelakangan ini disentuh dalam pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dan pengurusan TikTok semalam.


Dalam kenyataan Fahmi hari ini, beliau berkata TikTok diperingatkan untuk mematuhi undang undang Malaysia terutama dalam mencegah pengedaran berita palsu melalui aplikasi berkenaan.


"Semalam saya telah bertemu pengurusan tertinggi TikTok diketuai Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch untuk mendapatkan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit susulan peningkatan penyebaran berita palsu di platform media sosial itu serta operasi TikTok Shop di Malaysia.


"Dalam perbincangan tersebut, saya menegaskan TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia. TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan, termasuk penularan yang bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB)


"Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan, dan hal ini mesti diperbetul segera," katanya.


Menurut Fahmi, pihak TikTok dalam pertemuan itu telah mengakui kelemahan mereka dan respons terhadap isu ketiadaan wakil rasmi di Malaysia yang menyukarkan hubungan antara agensi kerajaan dan pengendali perkhidmatan media sosial berkenaan.


Fahmi juga menyentuh mengenai pembelian iklan di aplikasi berkenaan yang menyukarkan syarikat media tempatan untuk mendapatkan langganan iklan.


"Saya menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.


"Ini berikutan aduan daripada gedung-gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan yang ditempah terus dengan platform media sosial," katanya.


Pada akhir pertemuan, kata Fahmi, TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia.


"Sehubungan dengan itu, mereka memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu ini," kata Fahmi lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page