Pemasangan unit penerima internet Starlink berjalan rancak
- Redzuan Shamsudin
- Sep 16, 2023
- 1 min read

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital rancak memasang unit penerima internet Starlink di kawasan terpencil di seluruh negara.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil semua ceruk rantau sedang dipasang peranti tersebut untuk memudahkan masyarakat setempat terutama para pelajar menikmati kemudahan internet.
"Alhamdulillah satu unit Starlink telah dipasang di Dewan Kg Puak, Bau, Kuching pada 6 September.
"Hari ini, saya melawat kawasan tersebut untuk memeriksa kualiti perkhidmatan internet serta bertemu sendiri dengan penduduk setempat.
"Kawasan ini memang tiada akses internet. Alhamdulillah dengan pemasangan Starlink di sini, ianya memanfaatkan hampir 80 orang penduduk setempat," katanya dalam satu lawatan ke kawasan tersebut.
Menurut Fahmi, sehingga hari ini kementerian telah memasang 8 unit Starlink di kawasan yang mempunyai akses internet yang teruk.
Iaitu dua di Sabah, dua di Sarawak, dan setiap satu di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, dan Johor.
Lebih banyak pemasangan akan dilakukan pada masa hadapan.
留言