top of page

Pemansuhan hukuman mati mandatori kejayaan masyarakat sivil - Sim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 11, 2022
  • 2 min read


Pengumuman pemansuhan hukuman mati mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam merupakan kemenangan kepada masyarakat sivil yang menolak hukuman mati ketika mana ada pilihan hukuman lain yang lebih sesuai.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, pengumuman itu juga merupakan kejayaan dasar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang membuka langkah ke arah mengkaji hukuman mati mandatori.


"Pemansuhan hukuman mati mandatori dicadangkan oleh masyarakat sivil


"Pakatan menerima pakai agenda reformasi ini dalam Manifesto (pilihan raya) 2013 dan 2018," katanya.


Menurut beliau lagi, mantan Menteri Undang undang PH sebelum ini Liew Vui Keong berusaha keras untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan telah membuka jalan ke arah kajian penuh berkenaan keperluan hukuman tersebut dinilai semula.


"Allahyarham Menteri Undang-undang PH @VKLiew185 mendesak reformasi ini tanpa henti


"Kini kami akhirnya mempunyai konsensus bi-partisan mengenai pembaharuan undang-undang yang penting ini," katanya lagi.


Hukuman mati mandatori menurut Wan Junaidi, akan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.


Keputusan itu dicapai selepas beliau membentangkan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori ketika mesyuarat Kabinet Rabu lalu.


"Jemaah menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah," katanya.


Pemansuhan itu juga mendapat reaksi positif dari Jaringan Asia bagi Anti Hukuman Mati (Adpan)


Menurut mereka hukuman mati mandatori tidak menjanjikan keadilan kerana menafikan budi bicara hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keadaan setiap pesalah secara individu.


Pertubuhan sivil itu memberi contoh kes Hairun Jalmani, ibu tunggal yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah di Tawau, dan Mainthan Arumugam yang menunggu hukuman mati kerana pembunuhan yang tidak berlaku.


Dengan memansuhkan perkataan 'mandatori' maka hakim boleh menjatuhkan hukuman pilihan yang bukannya hukuman mati.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page