top of page

Pemangkin jana RM1 bilion pelaburan, 49 ribu peluang pekerjaan



Program Mangkin Malaysia Digital (Pemangkin) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang diumum hari ini dijangka menambah sebanyak sembilan sektor tumpuan melibatkan nilai pelaburan dalam lingkungan RM1 bilion.


Menurut Menteri KKD, Ahmad Fami Fadzil, Pemangkin juga dijangka bakal menjana hingga 49,000 peluang pekerjaan di negara ini menjelang 2025.


"Sembilan sektor tumpuan yang telah dikenal pasti oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melibatkan pelancongan digital, pertanian digital, bandar digital, kandungan digital, kewangan digital, perdagangan digital, servis digital, kesihatan

digital dan ekonomi digital Islam.


"Penambahan sektor tumpuan ini sekali gus akan meningkatkan ketersediaan dan daya saing di samping memacu inovasi serta kerjasama dalam kalangan pemain industri," kata Fahmi dalam majlis pelancaran Pemangkin di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur, pagi tadi.


Tambah beliau, Malaysia Digital (MD) yang dilancarkan pada tahun lepas merupakan inisiatif strategik nasional untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan di samping membolehkan syarikat-syarikat Malaysia serta rakyat memainkan peranan utama dalam ekonomi digital global.


Justeru, katanya, KKD melalui MDEC akan terus memperkenalkan lebih banyak program Pemangkin baharu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital pilihan di ASEAN serta membuka peluang untuk semua selari dengan konsep Malaysia MADANI.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Bukan Eksekutif MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page