top of page

Pemandu OKU ditumbuk: AMK gesa pihak berkuasa kenakan hukuman setimpal



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mahu pasukan polis dan Jabatan Peguam Negara meneliti kes seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) ditumbuk oleh seorang anggota keselamatan yang dilaporkan bertugas mengiringi seorang kenamaan.


Pengarah Strategi AMK, Bryan Ng Yih Miin berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussain bahawa tindakan tatatertib telah diambil terhadap anggota keselamatan terlibat namun banyak perkara perlu dilakukan untuk menegakkan keadilan.


"Sehubungan itu, AMK dengan tegas memohon pihak polis dan Jabatan Peguam Negara meneliti insiden ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang telah memukul pemandu e-hailing tersebut.


"Kami menekankan bahawa tiada sesiapa, tidak kira pangkat atau kedudukan berhak untuk bertindak agresif dan menggunakan kekerasan fizikal terhadap orang awam," katanya dalam satu kenyataan.


Bryan berkata, kepercayaan rakyat terhadap institusi pasukan keselamatan perlu dilindungi memandangkan kekerasan dilakukan oleh seorang anggota polis yang sepatutnya memahami dan menguatkuasakan undang-undang di negara ini.


"Hukuman yang adil dan setimpal bukan sahaja akan memberi keadilan kepada mangsa tetapi juga akan menjadi peringatan kepada semua anggota pasukan beruniform itu bahawa tindakan kekerasan tidak akan diterima dalam apa jua keadaan.


"Adalah menjadi setinggi-tinggi harapan kami agar insiden seperti ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebih baik dalam pasukan polis dan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya


"Hubungan baik di antara masyarakat dengan polis yang sedia terjalin tidak harus dicemari dengan perbuatan segelintir anggota polis yang boleh merosakkan imej polis," katanya yang juga pengamal undang undang.


Dalam kejadian pada 28 Mei, seorang pemandu e-hailing pekak, Ong Ing Keong membuat laporan polis, mendakwa dia diserang oleh salah seorang pengiring kerabat diraja ketika menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis di KL Sentral.


Selain serangan itu, terdapat beberapa dakwaan penyelewengan dalam cara polis mengendalikan laporan Ong. Dia didakwa dipaksa untuk menyelesaikan perkara itu dan ditawarkan RM800 untuk menarik balik laporan itu.


Kertas siasatan yang dikeluarkan oleh polis, yang melibatkan serangan dan penyelewengan telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun.


Dua hari lalu, Ong mengadakan sidang media mendedahkan klip kamera pemuka dalam kereta yang memaparkan kejadian pada Mei yang menunjukkan mukanya ditumbuk sebaik penumpangnya memasuki keretanya.


Ketua Polis Negara sebelum ini dilaporkan berkata bahawa penyerang yang merupakan seorang anggota polis pengiring telah menghadapi tindakan tatatertib dalam pasukan itu.


Bekas hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer dilaporkan berkata pelakunya harus diheret ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan jenayah dan ia merupakan "langkah cermat".

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page