PEMADAM Selangor mantapkan gerakan antidadah
- Suara Keadilan
- 6 days ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Selangor membulatkan tekad untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah di negeri itu.
Bagi tujuan itu, satu Mesyuarat Penyelarasan PEMADAM Negeri Selangor tahun 2025 di bawah kepimpinan baharu telah dianjurkan di Kelab Shah Alam pada Rabu setelah kali terakhir diadakan pada tahun 2021.
Mesyuarat dipengerusikan Setiausaha Kehormat PEMADAM Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad dan dirasmikan Pengerusi PEMADAM Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri, Mohd Najwan Halimi.
Menurut Saifuddin, Mesyuarat yang menghimpunkan pengerusi dan setiausaha PEMADAM daerah serta rakan strategik itu membincangkan pelbagai agenda termasuk laporan tahunan, keadaan kewangan serta strategi untuk memperkukuh gerakan pencegahan.
Pelbagai pandangan dan maklum balas turut dikongsikan pada mesyuarat tersebut.
"Ramai barisan kepimpinan PEMADAM kini terdiri daripada anggota baharu, namun hadir dengan semangat dan kefahaman segar untuk mengangkat kembali peranan persatuan itu di Selangor.
"Perang ini akan melelahkan kerana ia melibatkan perniagaan puluhan juta ringgit. Namun menyerahkan nasib anak anak kepada pengedar dadah begitu sahaja akan memijak maruah kita.
"Sebagai penangguhan saya telah menegaskan bahawa tugas ini adalah tanggungjawab kita sebagai manusia. Inilah sumbangan kita kepada anak bangsa, agama serta tanahair," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Usaha membenteras habis-habisan penyalahgunaan dadah itu selari hasrat Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari untuk membersihkan negeri dari isu membelenggu sejak sekian lama itu.
PEMADAM Selangor secara aktif memperkukuh pendidikan pencegahan dadah, termasuk program kesedaran dan pengesanan awal di sekolah menengah seluruh negeri sebagai usaha melindungi generasi muda daripada ancaman bahan terlarang.