top of page

Peluasan SST demi sediakan lebih banyak kemudahan untuk rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 1 min read

 Anwar pada pertemuan diaspora Malaysia menjelaskan mengenai rasionalisasi susbidi. Foto: Albarra Azfar
Anwar pada pertemuan diaspora Malaysia menjelaskan mengenai rasionalisasi susbidi. Foto: Albarra Azfar

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu diaspora Malaysia di Rom, Itali semalam menjelaskan bahawa kerajaan sanggup mengambil keputusan tidak popular seperti peluasan cukai bagi membolehkan lebih banyak projek kemudahan untuk rakyat dapat dilaksanakan.


Perdana Menteri berkata, dasar seperti rasionalisasi subsidi dan tarif elektrik kadang-kala dilihat sebagai keras namun ia dilaksanakan demi manfaat orang ramai.


"Semua kerajaan dan semua perdana menteri sebelum ini menyatakan bahawa subsidi yang dinikmati oleh warga asing akan ditarik balik namun tiada siapa yang mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia selepas tiba untuk lawatan tiga hari di Itali.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rasionalisasi subsidi dan peningkatan kutipan cukai dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, universiti serta hospital yang akan membantu rakyat.


Dalam pada itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata beliau turut mengambil kesempatan untuk berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar kerajaan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta hala tuju masa depan negara.


"Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa.


"Saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air," ujar beliau.


Delegasi lawatan Perdana Menteri itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Zahid Rastam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page