top of page

Peluang tuntut royalti tertunggak jika Perpaduan menang PRN



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu yang akan diadakan bulan Julai atau Ogos, rakyat dinasihatkan untuk berfikiran lebih kritikal sebelum memutuskan parti mana yang layak dipilih mentadbir negeri.


Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat Perdana Menteri (PM) maka Kerajaan Terengganu berpeluang menuntut royalti petroleum tertunggak negeri itu sekiranya bersesuaian dengan caranya.


"Kita ada peluang untuk reconcile semula hasil nilai royalti yang patut kita terima sepanjang 25 tahun yang lalu.


"Mungkin kalau bermula tahun 1978 hak royalti, itu agak lama. Kita ambil 25 tahun ke belakang. Saya rasa itu rekonsiliasi untuk kita dapatkan jumlah yang sepatutnya kita terima atas perjanjian royalti


"Dengan adanya Datuk Seri Anwar sebagai PM yang mahir dengan urusan ini, pernah menjadi Menteri Kewangan dan sekarang sebagai PM serta kembali semula sebagai Menteri Kewangan, saya rasa beliau amat menyedari kepentingan ini," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Azan lagi, hal itu hanya berkemungkinan dilakukan andainya pemerintahan di peringkat negeri dan pusat terdiri daripada gabungan politik yang sama.


Sekiranya berlainan gabungan, katanya, perundingan mengenai hal hal antara negeri dan Persekutuan yang lebih kepada persefahaman tidak akan berjalan lancar.


"Lebih mudah untuk kita berunding (jika dari gabungan politik sama) dan berikhtiar berkenaan kedudukan hasil royalti minyak di Terengganu yang barangkali tertunggak.


"Beliau (Anwar) sanggup untuk memberi ruang kerjasama supaya melihat secara profesional, berdokumen jumlah tuntutan itu


"Barangkali hasil yang tertunggak mungkin melebihi RM10 bilion.


"Ini hanya boleh kita laksanakan apabila Kerajaan Negeri selari dengan kerajaan pusat dalam urusan pentadbiran. Sudah tentu PMX akan berasa selesa dan lebih mudah untuk menguruskan isu ini bagi kepentingan rakyat Terengganu secara keseluruhannya," kata Azan lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru agar pengundi berfikir masak masak sebelum memangkah kertas undi pada PRN kali ini.


Pendapatan petroleum boleh digunakan bagi mengatasi masalah kekurnagan hasil negeri yang berjumlah RM300 juta setahun, sedangkan bajet negeri RM2 bilion dan sukar untuk kerajaan negeri memulakan skim skim bantuan rakyat sebagaimana dibuat di Selangor atau Pulau Pinang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page