top of page

Peluang perkerjaan, perniagaan, bantuan anak muda tawaran calon KEADILAN Buloh Kasap



Calon KEADILAN DUN Buluh Kasap, Subramaniam Chami menawarkan bantuan untuk memperbaiki sosio ekonomi di DUN berkenaan yang selama ini kurang diberi perhatian.


Menurut Subramaniam, dalam jelajahnya ke seluruh DUN itu banyak aduan yang beliau terima. Namun isu utama adalah banjir kilat dan saliran yang kurang baik.


"Kalau saya diberi mandat 12 Mac ini saya akan bawa apa yang termampu kepada kerajaan negeri Johor. Apa yang saya terima aduan, di banyak kampung berlaku banjir, terutama di kawasan Simpang Lui


"Bila kita turun ke kawasan lihat saliran, amat mengecewakan kita," katanya.


Beliau juga menerima aduan terdapat rumah yang tidak memiliki sambungan elektrik namun tidak pernah dibantu oleh ahli politik mana pun sebelum ini.


"Ada tiga buah rumah di Kampung Lui tidak ada perkhidmatan elektrik. Tak kan di Segamat rakyat masih tidak ada elektrik? Macam mana nak bantu dia. Mereka telah lama minta dengan kerajaan, 40 tahun duduk sana sampai hari ini, bila nak pilihan raya wakil wakil datang jumpa, ambil gambar, lepas itu hilang," katanya.


Selain itu, beliau juga menawarkan untuk mewujudkan peluang perkerjaan dan bantuan pertanian sekiranya diberi mandat pada 12 Mac ini.


"Untuk anak muda saya jumpa, mereka utarakan kepada saya mengenai peluang pekerjaan. Peluang memang agak terhad di DUN Buluh Kasap. Namun banyak peluang boleh kita wujudkan melalui kerajaan negeri. Kita akan cuba.


"Anak anak muda di kawasan ini ada usahakan penternakan, pertanian mereka boleh buat. Ada tanah tetapi perlukan dana dan modal.


"Kita kalau jadi kerajaan boleh bantu, banyak cara. Itu yang mereka bawa kepada saya," katanya.


Subramaniam yang pernah berkhidmat sebagai pengurus syarikat itu juga tidak lupa untuk membantu golongan ibu tunggal.


Katanya, ibu tunggal yang minat berniaga akan diusahakan modal permulaan.


"Untuk wanita dan ibu tunggal. Semasa pandemik mereka buat perniagaan kecil kecilan jual depan rumah. Bila Covid mereka dihalang tak boleh niaga.


"Bila berhenti 4 bulan dana dah tak ada. Kita kena bantu mereka. Kerajaan sediakan peruntukan ratusa juta, mana pergi dana ini? Kementerian Wanita mana pergi, mereka kena bantu.


"Saya melalui kerajaan negeri Johor, banyak dana dikeluarkan untuk wanita, jadi kita akan cuba salurkan," katanya.


Anak muda di gugusan Felda pula akan mendapat manfaat berupa alatan sukan dan senggaraan gelanggan yang tidak dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum ini.


"Saya juga pergi ke Felda, masalahnya anak muda aktif dan tunggu peluang dari kita untuk bantu mereka. Bila tanya gelanggang futsal, tak ada penyelengaraan. Mereka minta bantuan beli hadiah, peralatan sukan, makan minum, kita boleh bantu aktiviti ini," katanya.


Untuk rekod, Subramaniam sebelum ini terkenal di Pagoh dan kawasan sekitarnya kerana dengan aktiviti kemasyarakatan dalam menyediakan bantuan melalui Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia.


Mereka memberi bantuan bakul makanan kepada pesakit Covid 19 yang menjalani kuarantin dan membantu sesiapa yang memerlukan rawatan dengan bantuan ambulans ke hospital.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page