top of page

Peluang pendidikan: KPM jamin tidak pinggir mana-mana kaum



Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memberi jaminan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum untuk mendapat peluang pendidikan.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata walaupun kerajaan berpendirian mengekalkan sistem kuota Melayu dan bumiputera, peluang dalam pendidikan juga harus diberikan kepada pelajar daripada kaum lain.


Malah jelasnya, kerajaan turut akan terus berusaha menambah baik sistem sedia ada.


"Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, tetapi pada masa yang sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa (untuk belajar).


"Ini penting khususnya bagi Tingkatan Enam yang sedang kita lihat dan peluang lain untuk memastikan semua anak kita mendapat akses pendidikan yang sama. Jadi tiada siapa yang akan dipinggirkan," katanya dipetik.


Ketua Wanita KEADILAN itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Pertandingan Inovasi dan Robotik peringkat kebangsaan di Kulim pada Ahad.


Terdahulu, Perdana Menteri dalam Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah pada Sabtu menjelaskan sistem kuota Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan perlu dikekalkan.


Sebagai jawapan dari seorang pelajar, Anwar menegaskan sistem kuota bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi.


Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina memaklumkan program yang ditawarkan kolej vokasional di bawah KPM mencapai kejayaan yang memberangsangkan apabila kebolehpasaran graduan pada kadar lebih 90 peratus ketika ini.


"Sukacita dimaklumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan kolej vokasional kami (KPM) telah melepasi 90 peratus dan kesemua 606 program diploma yang kami tawarkan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan Lembaga Teknologis Malaysia.


"Kita perlu hebahkan kepada orang ramai supaya mereka sedar peluang yang ditawarkan di kolej vokasional," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page