Inisiatif Jelajah Johor Bangkit yang bermula esok antaranya akan menumpukan agenda menyedarkan bangsa Johor bahawa kerajaan BN telah gagal menyediakan peluang pekerjaan secukupnya kepada rakyat negeri berkenaan sehingga mereka terpaksa mencari kehidupan lebih baik di Singapura.
Menurt koordinator jelajah, Omar Mukhtar Manap, isu gaji minumum yang tidak mencapai standard Singapaura juga akan menjadi hal yang akan dibangkitkan dalam kempen mereka.
"Tentunya peluang pekerjaan, sebab kita lihat ramai rakyat Johor berhijrah ke Singapura untuk mencari peluang pekerjaan di sana
"Kedua dari segi gaji minimum, mengapa mereka ke sana? Kerana tidak mendapat gaji yang setimpal yang sepatutnya mereka dapat. Jadi ini perkara yang akan kita beri penekanan," katanya dalam sidang media Angkatan Muda KEADILAN di Petaling Jaya, tengah hari tadi.
Selain itu, kata Omar, kesan banjir di Segamat yang masih dalam pemulihan juga akan menjadi isu besar dan juga kesan pandemik Covid 19 yang mana banyak peniaga gulung tikar
Seorang lagi penggerak jelajah, Adam Adli berkata, isu isu tempatan akan turut sama dibangkitkan dalam siri penernagan itu. Katanya, akan ada dialog bersama penduduk tempatan dalam siri jelajah
"Pulihan raya ini kita juga tumpu isu tempatan. Kalau kita tumpu di bandar bandar dan kempen media sosial, belum tentu kita tahu keluhan rakyat di bawah.
"Jadi kita adakan sesi berjumpa penduduk tempatan, perkongsian dengan mereka," katanya.
Menjawab isu sokongan pengundi muda terhadap program jelajah, Omar yang juga mantan Ketua Penerangan AMK Johor berkata, sambutan yang diterima amat memberansangkan.
Katanya lebih kurnag 18 NGO anak muda akan turut serta menggerakkan jelajah, sama ada kempen bersama atau melakukan pelbagai inisiatif agar pengundi di luar Johor pulang mengundi dalam PRN kali ini.
"Kesedaran itu baik. Ada banyak maklum balas kita terima sebagai contoh, yang akan menggerakkan kempen ini. Termasuk NGO yang ahlinya masih lagi belajar di sebuah isntitusi pengajian tinggi.
"Mereka sekumpulan mahasiswa yang akan menggerakkan usaha untuk membantu pengundi balik mengundi bagi yang berkerja di luar
"Ini kesedaran luar biasa kerana mereka ini baru semesta dua, semesta tiga di universiti. Itu memberi satu isyarat yang baik," katanya lagi.
Comments