top of page

Peluang kongsi visi Selangor di Jepun - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

DS Amirudin menyatakan visi Selangor maju kepada wartawan Asahi Broadcasting Corporation
DS Amirudin menyatakan visi Selangor maju kepada wartawan Asahi Broadcasting Corporation

Lawatan Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke World Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun mendapat liputan stesen penyiaran tempatan.


Beliau ditemubual oleh Asahi Broadcasting Corporation dalam memperkenalkan Selangor sebagai negeri maju di Malaysia.


Menurut Amirudin, sesi itu memberi beliau peluang selaku ketua Kerajaan Negeri mempromosi Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik dengan pelbagai peluang penerokaan teknologi masa depan dengan insfrastruktur canggih yang tersedia.


"Saya berpeluang bercakap dengan Asahi Broadcasting Corporation untuk berkongsi visi dan kekuatan Selangor sebagai negeri Malaysia yang paling maju dan dinamik.


"Daripada komitmen kami kepada pertumbuhan hijau dan infrastruktur pintar, kepada lokasi strategik kami dan ekosistem mesra pelaburan, Selangor terus mendahului dalam membentuk masa depan yang mampan, inklusif dan berkait secara global," katanya dalam muat naik di Facebook.


Amirudin berkata, kehadiran beliau dan pimpinan negeri lain di ekspo itu mencerminkan kesediaan Selangor untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dari Jepun dan seluruh dunia, untuk membina kerjasama bermakna yang memberi manfaat kepada rakyat.


Terdahulu, dua memorandum (MoU) kerjasama telah ditandatangani antara syarikat berpengkalan di Selangor dan syarikat Jepun diketuai oleh Worldwide Holdings Berhad.

MoU pertama melibatkan pembinaan rangkaian infrastruktur gas bersepadu di Selangor, termasuk terminal LNG, saluran paip sisi, dan sistem pengagihan gas, menyokong keselamatan tenaga jangka panjang negeri dan matlamat rendah karbon.


MoU kedua ialah antara Tourism Selangor, MAPCU, dan Japan Travel Bureau Malaysia untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pendidikan terbaik.


Hal itu menyokong Tahun Melawat Selangor 2025 yang menyasarkan 8 juta pelancong dan RM11.7 bilion hasil pelancongan melalui pengalaman kebudayaan dan aktiviti luar di bawah tema “Surprising Selangor.”

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page