top of page

Pelihara silaturahim walaupun tidak boleh berziarah semasa hari raya- Fuziah Salleh


Walaupun umat Islam tidak dapat melakukan aktiviti ziarah-menziarah ketika hari raya Aidilfitri seperti kebiasaannya, hubungan silaturrahim tetap perlu dipelihara dengan baik.


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam perutusannya enggan melihat hubungan sesama keluarga dan sahabat terputus begitu sahaja ekoran tidak dapat berjumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat ancaman jangkitan COVID-19.


"Tahun ini kita meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana wabak COVID19 melanda negara kita menyebabkan sambutan perayaan pada tahun ini mungkin agak hambar.


"Tiada lagi kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan rakan-rakan kecuali di kalangan keluarga kita sendiri.


"Namun demikian, jangan jadikan alasan tiadanya kunjung-mengunjung seperti lazimnya maka hubungan silaturrahim sesama umat Islam menjadi longgar," katanya.


Fuziah juga menyarankan supaya umat Islam menggunakan kemudahan media sosial dan telefon pintar dengan sebaik mungkin supaya hubungan silaturahim dapat terus terjalin.


"Amalan bermaafan sesama kita hendaklah diteruskan dengan apa cara sekalipun samada melalui penghantaran mesej atau whatsapp, panggilan video, atau apa jua agar hubungan baik selama ini dapat dikekalkan.


"Kami dari pimpinan Pakatan Harapan serta MPN Keadilan Negeri Pahang menyusun jari sepuluh memohon ribuan kemaafan kepada seluruh para penyokong Pakatan Harapan khususnya dan rakyat keseluruhannya jika terdapat salah laku, tutur kata atau tindakan dari kami yang menyinggung perasaan atau kurang disenangi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page