top of page

Pelihara negara demi generasi akan datang - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31, 2024
  • 1 min read

ree

Negara mesti dipelihara keharmonian dan keutuhannya demi generasi akan datang.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Malaysia yang menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke 67 seharusnya lebih kukuh dan bersatu padu selepas semua kaum bersama sama membina negara ini sejak enam dekad lalu.


Katanya, keharmonian dan kejayaan bersama akan diwarisi untuk generasi masa hadapan.


"Semoga semangat kemerdekaan terus menyala di setiap sanubari rakyat Malaysia, menjadikan kita lebih bersatu padu, berani, dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran-cabaran masa depan.


"Marilah kita bersama-sama memelihara dan memperkukuhkan warisan negara yang tercinta ini, demi kesejahteraan generasi akan datang," katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat.

ree
Chang Lih Kang

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mengajak rakyat membina kesatuan bangsa sempena Hari Kebangsaan bagi menyerlahkan potensi besar negara.


"Sempena Hari Merdeka, ayuh kita hayati semangat kebersamaan dan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah memerdekakan Malaysia selama 67 tahun.


"Semoga keharmonian masyarakat Malaysia akan terus terpelihara berdasarkan nilai-nilai Madani, seterusnya memacu pembangunan yang negara yang lebih gemilang," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page