top of page

Pelihara keharmonian kaum, elak prejudis - AMK Sabah



Angkatan Muda KEADILAN Sabah mahu rakyat Malaysia memelihara keharmonian dan mengelakkan prejudis antara kaum.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Arief Hambali J Indan, kempen Pilihan Raya Umum ke 15 seharusnya tidak menimbulkan unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang mengugat semangat penyatuan berbilang bangsa di negara ini.


"Kini, isu-isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, dan juga perkauman.


"Sebaliknya, isu sensitif di era baharu ini telah diwarnai dengan latar belakang parti politik yang multi-agama dan multi-kaum


"Sehubungan itu, dapat dirumuskan bahawa pendekatan yang sederhana untuk mecapai solusi yang efisien daripada parti-parti politik diperlukan untuk menanganinya.


"Tidak sepertimana yang belaku sekarang, Pas dan PN yang bermain dengan sentimen perkauman dan keagamaan semata mata untuk memenangi hati rakyat dengan menyatakan DAP mempromosikan Islamfobia," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, beliau mahu semua rakyat mewujudkan iklim politik baharu berasaskan kematangan dan nilai nilai murni demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.


"Saya mengajak semua bahawa hubungan sosial perlu dipelihara oleh semua pihak agar keharmonian bersama dapat diwujudkan dalam suasana iklim politik baharu.


"Seterusnya diharapkan untuk dapat terus mengekalkan kematangan dan kesedaran politik rakyat Malaysia agar demokrasi di Malaysia terus subur dan berkembang dan membawa kepada negara yang harmoni," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page