top of page

Peletakan jawatan PM Mahiaddin buka ruang ke arah perubahan - Anwar

Updated: Aug 17, 2021


Peletakkan jawatan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin diharap akan membuka ruang lebih baik buat demokrasi di negara ini.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengunduran itu juga bagi membolehkan pemulihan ekonomi dijana secara yang lebih konsisten selepas ini.


"Keputusan Tan Sri Mahiaddin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.


"Saya menggesa semua pihak bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini. Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara," katanya dalam catatan di Facebook petang ini.


Pada pukul 3.00 petang tadi, Mahiaddin mengumumkan peletakkan jawatannya ke seluruh negara selepas berhempas pulas mempertahankan pemerintahan sejak dua minggu lalu.


Peletakkan jawatan beliau diterima oleh Yang di-Pertuan Agong namun Agong mengarahkan beliau meneruskan tugas sebagai PM sementara sehingga PM baharu dilantik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page