top of page

Peletakan jawatan: PM akan bertemu Anthony Loke

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
13 hours ago
1 min read
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mengadakan pertemuan dengan Anthony Loke Siew Fook bagi membincangkan isu peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.


Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


"Seperti Datuk Seri Anwar telah nyatakan di satu acara di Melaka malam tadi, beliau belum lagi menerima surat peletakan jawatan Loke.


"Beliau berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Loke.


"Tidak ada apa-apa perkembangan setakat ini dalam hal ini," katanya ketika ditanya pemberita berhubung isu berkenaan.


Pada 10 November lalu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet, berkuat kuasa serta-merta.


Loke dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, bermula tarikh yang sama iaitu 10 November.


Bagaimanapun, keputusan akhir berhubung kedudukan beliau dalam Kabinet kini terletak pada pertimbangan PM Anwar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page