top of page

Pelesenan media sosial: Utamakan penerangan tingkat kefahaman rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 2
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Penerangan di peringkat akar umbi untuk memberi penjelasan mengenai maklumat pelesenan media sosial dan keselamatan media perlu dilakukan secara berterusan.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Ezzham Aizzil berkata, program-program untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai penipuan dalam talian serta kaedah pencegahannya perlu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


"Kalau nak kata tiada program penerangan, tak betul juga. Program memang ada, cuma perlu diadakan dengan lebih kerap.


"Saya berharap kalau dulu sekali setiap dua bulan, selepas ini mungkin perlu diadakan setiap bulan khususnya di negeri-negeri ditadbir Kerajaan Perpaduan," kata Ezzham kepada Suara Keadilan.


Jelas beliau, penjelasan mengenai impak baik pelesenan media sosial serta pendidikan keselamatan media sosial perlu diolah secara ringkas, padat dan menarik.


Ini kerana katanya, penerangan yang panjang tidak dapat memberikan kefahaman yang jelas, malah dibimbangi mengelirukan orang ramai.


"Penduduk luar bandar misalnya, tidak mudah untuk faham penerangan yang panjang. Caranya perlu mudah difahami, dan gunakan platform yang mudah diakses.


"Kalau boleh penerangan itu terus kepada objektif, secara ringkas dan padat," ujarnya.


Menurut Ezzham, AMK Johor sebelum ini melalui Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat bersama Ahli Parlimennya, Onn Abu Bakar dan Komuniti MADANI melakukan kerjasama melalui Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan (JASK) secara kolaboratif dengan CyberSecurity Malaysia di kawasan Senggarang.


"Kita ada juga berjumpa dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama NGO-NGO mendapatkan kebenaran untuk pergi ke sekolah memberi penerangan mengenai keselamatan siber.


"Kita maklumkan kepada mereka bahawa pelesenan media sosial adalah untuk mengawal dan memberi perlindungan kepada semua pengguna media sosial," katanya lanjut.


Ditanya mengenai kesedaran orang ramai dan pelaksanaan pelesenan media sosial yang dikatakan belum cukup mantap, Ezzham berkata mana-mana penguatkuasaan akan mengambil masa untuk difahami.


"Untuk mana-mana undang-undang difahami biasanya mengambil masa. Tidak ada penguatkuasaan yang serta merta secara spesifik menjadi lengkap.


"Dalam proses menuju kematangan undang-undang itu, ada pelbagai pindaan dan penambahbaikan boleh dilakukan. Yang penting langkah awal untuk melindungi pengguna media sosial telah dimulakan oleh kerajaan," kata Ezzham lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page