top of page

Pelepasan sisa radioaktif: Malaysia perlu desak Jepun hormati perjanjian maritim



Laporan kemungkinan pihak berkuasa Jepun akan melepaskan sebanyak 1.3 juta tan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah pada tahun 2011 ke dalam laut di perairan negara itu wajar dipandang serius oleh Malaysia.


Menurut aktivis KEADILAN, Yuslaini Azmi, meskipun Malaysia tidak bersempadan laut dengan negara matahari terbit itu namun sisa radioaktif adalah sesuatu yang membahayakan hidupan laut dan tidak mustahil boleh hanyut ke kawasan berdekatan perairan Malaysia.


"Saya terpanggil mendesak Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya memberi tekanan antarabangsa kepada Jepun yang kini memutuskan untuk melepaskan sebanyak 1.3 juta tan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima


"Laporan ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia membabitkan ekosistem hidupan lautan kita, dan juga sumber makanan jutaan manusia di rantau Asia. Melepaskan sisa radioaktif dalam lautan ini sekaligus menyebabkan laut tercemar dan menjejaskan habitat laut," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Yuslaini lagi, kes berkenaan juga mendapat perhatian para saintis yang tidak bersetuju dengan tindakan berbahaya Jepun itu seperti Ferenc Dalnoki Veress, pakar dalam pengukuran radioaktiviti kepekatan rendah dari Institut Pengajian Antarabangsa Middlebury, Monterey, California, Amerika Syarikat.


Malah, katanya, menurut seorang pensyarah di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (INOS UMT), biarpun perlepasan sisa air itu berlaku di Jepun namun masih terdapat kemungkinan sisa nuklear boleh hanyut hingga ke perairan negara yang sekaligus mengancam hidupan laut berhampiran Malaysia.


"Tindakan terburu-buru Jepun ini amat tidak wajar.


"Selain itu, sikap Jepun memutuskan perkara ini tanpa apa-apa perbincangan atau berunding dengan mana-mana negara terutamanya negara-negara jiran mereka dianggap biadap dan tidak menghormati kerjasama yang ada dengan pelbagai negara terutamanya apabila Jepun mempunyai kerjasama dalam isu kesejahteraan dan keselamatan maritim dalam perjanjian Free and Open Indo-Pacific (FOIP) dan ASEAN Outlook on the Indo -Pacific (AOIP)," katanya lagi.


Sehubungan itu, Malaysia kata Yuslaini, harus menekan Jepun bagi melindungi sempadan maritim daripada tercemar oleh sisa-sisa radioaktif tersebut.


"Saya berharap menteri berkenaan akan mengambil langkah proaktif untuk menentang usaha pencabulan alam sekitar yang sedang dilakukan oleh Jepun ini," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page