top of page

Pelebaran lebuhraya KL - Karak dijangka bermula tahun hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 25, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memberi bayangan cadangan pelebaran lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang menghadapi kesesakan luar biasa setiap hari bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.


Timbalan Menteri Kerja Jaya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (BN - Lipis) berkata projek pelebaran itu meliputi Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road Bentong.


"Projek itu akan dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) dan dijangka akan dapat menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta menangani isu kesesakan yang sering berlaku di lebuhraya Karak terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.


"Selain itu, selaku pemegang konsensi, ANIH Berhad juga telah melaksanakan obligasi untuk memasang lampu di KLK seperti terkandung dalam perjanjian.


"Dalam pasa itu juga kerajaan telah memasang lampu di jajaran Gombak, Terowong Genting Sempah ke persimpangan Central Spine Road dan ia termasuk dalam skop pelebaran yang akan dilakukan," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi kesesakan lebuh raya di Plaza Tol Gombak dan Bentong.


Mengulas lanjut, berkenaan isu pengaktifan ‘smart lane’ yang tidak menyeluruh, Abdul Rahman menjelaskan penggunaan lorong itu telah dilaksanakan namun terdapat masalah ekoran spesifikasinya memerlukan 2.5 meter dan kelebaran sedia ada ketika ini hanya 2.25 meter.


"Justeru, kita akan memasukan skop pelebaran sehingga 3 meter bagi ‘smart lane’ itu supaya penggunaan jalan raya dapat dimaksimumkan," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page