top of page

Pelbagai insentif kekalkan kesetiaan perkhidmatan doktor kerajaan



Kementerian Kesihatan memberi pelbagai insentif bagi mengekalkan perkhidmatan doktor perubatan di hospital kerajaan.


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), kerajaan buat masa ini telah pun memberi gaji yang setimpal kepada doktor doktor muda dan beberapa elaun lain yang setanding dengan sektor swasta.


"Kita menetapkan gaji permulaan pegawai perubatan ini gred UD41, gaji permulaan mereka RM5,157 yang jauh lebih tinggi daripada skim perkhidmatan awam lain termasuk PTD


"Kedua kita telah meningkatkan pelantikan tetap seramai 9,822 dalam tahun 2019 - 2023 dan kita ramalkan 6,000 pelantikan tetap baharu pada 2023 - 2025


"Kita juga akan kekal membayar dan meneliti elaun tugas on call. Kalau active call RM200 - 220, RM160 untuk passive call


"Elaun lokum pula kita berikan RM80 sejam," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Dr Alias Razak (Pas-Kuala Nerus).


Menurut beliau, terdapat ganjaran lain diberikan seperti elaun kritikal RM70, elaun pembedahan RM80 sejam dan untuk pakar RM200 sejam.


Juga para doktor yang berkhidmat di lokasi yang jauh diberi elaun khas RM500 - RM1,500 sebulan mengikut kesukaran ke kawasan tersebut.


Selain itu, katanya, doktor juga ditawarkan belajar kepakaran menerusi cuti belajar bergaji penuh dengan hadiah latihan Persekutuan.


Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut berbangga kerana banyak pakar pakar yang hebat masih lagi berkhidmat di hospital kerajaan dan menunjukkan patriotisme yang tinggi kepada negara.


"Inilah saya rasa untuk pegawai perubatan muda, kita perlu memandang kesetiaan (kepada hospital kerajaan), patriotisme," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page