top of page

Pelbagai inisiatif internet disedia kerajaan dalam 8 bulan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23, 2023
  • 1 min read


Meskipun berkuasa baharu 8 bulan Kerajaan Perpaduan telah menyediakan pelbagai insentif pakej internet dan penyelesaian akses internet kepada rakyat.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, sepanjang 8 bulan ini kementerian beliau telah pun memperkenalkan 7 inisiatif penting berkaitan perkhidmatan internet kepada rakyat.


"Antaranya ialah memastikan Malaysia mencapai 80% pelaksanaan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang hujung tahun ini (Setakat akhir Julai, liputan telah capai 66.8%)


"Memecahkan monopoli 5G dengan beralih kepada dwirangkaian


"Menurunkan harga internet prabayar kepada RM5 sebulan untuk golongan sasar


"Juga harga jalur lebar diturunkan sebanyak RM20 sebulan untuk golongan sasar," kata Fahmi di Facebooknya.


Namun pakej paling bermakna bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah pakej 5G RAHMAH dengan harga hanya RM60 untuk data 60GB dan sebuah telefon 5G bernilai RM1,099 dengan harga hanya RM240 bermula 31 Ogos ini untuk semua rakyat Malaysia.


Manakala insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam pula katanya, menyediakan diskaun RM10 sebulan kepada penjawat awam dan bermula pada 31 Ogos ini


KKD juga, kata Fami, akan mencari penyelesaian alternatif untuk baki 3% kawasan berpenduduk yang masih tidak mempunyai akses internet melalui perkhidmatan Starlink.


"InshaAllah usaha ini akan berterusan dan iltizam saya untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan internet yang berkualiti dengan harga berpatutan," kata beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page