top of page

Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas



Suruhanjaya Tenaga menegaskan seramai tujuh juta atau 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.


Melalui satu kenyataan pada Jumaat suruhanjaya itu berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 bilion subsidi bagi meminimumkan impak surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) sepanjang tempoh pelaksanaan itu.


Menurut Suruhanjaya itu, pengguna domestik dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kilowatt per jam (kWj) dan ke bawah kekal menerima rebat dua sen.


Manakala, pengguna dengan unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj sehingga 1,500 kWj tidak dikenakan surcaj manakala yang melebihinya, surcaj kekal pada kadar 10 sen setiap kWj.


"Bagi pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial, perindustrian voltan rendah, pertanian spesifik, operator air dan pembetungan pula, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen setiap kWj.


"Pengguna bukan domestik selain daripada yang disenaraikan pula kekal dikenakan surcaj pada kadar 17 sen untuk setiap kWj," kata kenyataan itu.


Suruhanjaya Tenaga sementara itu mengesa pengguna merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.


"Selain itu, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang https://myelectricitybill.my/," kata kenyataan tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page