top of page

Pelarasan gaji: Profesional teknikal turut diberi keutamaan - PM Anwar



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan golongan profesional teknikal turut akan diberikan keutamaan dalam kajian semula pelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).


Perdana Menteri mahu pelajaran gaji melibatkan golongan tersebut mempunyai anjakan paradigma bagi mengangkat martabat negara secara menyeluruh untuk masa depan.


"Saya beri jaminan bahawa dalam menilai semula seluruh sistem pelarasan gaji, soal profesion teknikal harus diberi keutamaan. Kalau bentuk pemikiran lama..itu perlu ada anjakan. Kalau dahulu profesion teknikal termasuk seperti kejuruteraan dan kedoktoran dan sebagainya itu merasakan mungkin ada alasan, itu agak tempang perhatiannya.


"Saya ingin memberi jaminan dalam kajian semula..ambil masa agak panjang dan badan profesional harus beri input yang cukup, jangan minta lebih tapi biar munasabah," katanya dilapor Bernama ketika berucap merasmikan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2023 (HPTN2023) di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


HPTN diluluskan Jemaah Menteri pada Oktober 2018 untuk diadakan secara tahunan pada Sabtu pertama Disember sebagai penghargaan dan pengiktirafan jasa disumbangkan profesion teknikal dalam landskap pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata kehadiran beliau pada HPTN2023 merupakan satu komitmen pihaknya dalam mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.


"Kedudukan golongan ini dengan sendiri terangkat dan sangat kritikal. Sesuai dengan pengiktirafan itu saya telah beri komitmen iaitu dalam pelarasan gaji peranan profesion teknikal itu harus diberikan tempat sewajarnya," kata beliau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page