Pelantikan Mahiaddin atas surat ketua-ketua parti: PM telah tumbang - PH


Kenyataan Peguam Negara bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak tumbang kerana penarikan sokongan dilakukan melalui Presiden Umno dan bukannya Ahli-ahli Parlimen Umno tidak sejalan dengan proses pelantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM), lebih setahun lalu.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengingatkan Peguam Negara bahawa Mahiaddin dilantik melalui surat ketua-ketua parti. Oleh yang demikian, beliau telah jatuh apabila salah satu ketua parti mengumumkan menarik kembali sokongan.


"Kami mengingatkan Peguam Negara, Mahiaddin Yasin sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong beliau, termasuk Presiden Umno, yang telah dipersembah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.


"Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka PM telah hilang sokongan asas parti tersebut, dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik PN daripada mempertahankan keluhuran undang-undang.


"Oleh itu, Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana telah hilang sokongan dan keabsahan (legitimacy) sebagai Perdana Menteri," kata kenyataan Majlis Presiden.


Menurut kenyataan itu lagi, sekarang juga bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sekiranya krisis politik yang berlanjutan selama hampir dua tahun hanya boleh diakhiri dengan pembubaran Parlimen.


"Majlis Presiden berpendirian bahawa waktu ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan PRU, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil memandangkan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan.


"PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas, serta langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar-dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa-jawatankuasa PH.


"Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis Covid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER