top of page

Pelantikan panel pakar bantu KPKT beri nilai tambah

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 27, 2023
1 min read


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyifatkan pelantikan 28 panel pakar (POE) bagi membantu kementerian itu akan memberi nilai tambah konsultasi.


Katanya, pelantikan itu yang diumumkan Menteri KPKT Nga Kor Ming baru-baru ini tidak seharusnya menjadi isu kerana ia bukanlah satu perkara luar biasa.


Malah ia wajar disambut baik memandangkan KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang supaya kementerian dapat memantapkan penyampaian berkualiti kepada rakyat.


"...kalau sebelum ini POE hanya tertumpu kepada masalah perumahan, tetapi kali ini memang tertumpu kepada tujuh dasar keutamaan KPKT ketika ini.


"Sebenarnya dari segi komitmen pun tiada bayaran, dia (POE) hanyalah untuk kita dengar pandangan dan juga pengalaman mereka lalui, sebab ada antara mereka adalah bekas korporat, bekas pegawai kerajaan, bomba dan juga pengurusan bandar pintar," katanya pada pemberita selepas merasmikan Program SWM Kasih Back To School, di Johor Bahru semalam.


Antara pakar yang terlibat adalah daripada institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Bank Malaysia, ahli akademik universiti dan lain-lain


Nga sebelum ini berkata, input serta cadangan yang dikemuka oleh panel pakar itu akan diketengah dan diteliti kementerian sebelum dibawa ke pertimbangan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap isu berkaitan dapat diselesaikan secara strategik dan teratur.

1 Comment


saubaki.sel
Apr 04, 2023

Salam ,harap pihak KPKT beri ruang untuk bekas ahli majlis ,saya selaku bekas ahli majlis yang mempunyai pengalaman dlm PBT & banyak cadangan untuk masyarakat tempatan ,dlm masa yang sama boleh menambah pendapatan PBT yang kurang pendapatan ,ini dapat memulih ekonomi kerajaan tempatan .

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page