top of page

Pelantikan MB johor: Amalan demokrasi perlu diikut secara sempurna - Hassan Karim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 16, 2022
  • 1 min read


Kontroversi pelantikan Menteri Besar (MB) Johor masih belum berakhir meskipun Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah jawatan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, calon MB jika mengikut keluhuran proses demokrasi sewajarnya mengangkat calon yang diumum dalam pilihan raya ke jawatan dijanjikan.


Sebaliknya, kata beliau, proses demokrasi tidak berjalan lancar sekiranya calon yang dijanjikan ditukar kepada orang lain


"Rakyat Johor telah memberi mandat besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang akan dipimpin oleh seorang Menteri Besar Johor yang telah dinamakan secara tersurat dan tersirat sepanjang kempen pilihan raya


"Tetapi selepas parti politik yang diketuai di peringkat negeri oleh calon Menteri Besar itu menang besar, pihak Sultan tidak pula memilih calon pilihan majoriti rakyat sebagai MB Johor, sebaliknya memilih calon lain yang bukan pilihan rakyat Johor


"Ini jelas bermakna calon MB pilihan Rakyat ditolak oleh pihak Istana," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, penolakan calon MB itu tidak seharusnya terjadi memandang rakyat telah memberi majorti 2/3 dan seolah olah bersetuju sebulat suara dengan calon yang dinamakan Umno BN sebelum ini


"Hal kejadian ini (bagi saya) amat malang kerana nyata sekali suatu pelanggaran telah berlaku ke atas amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi tanahair kita, Malaysia," katanya lagi.


Pelantikan Onn Hafiz sebelum ini mendapat kritikan keras Umno Johor yang merasakan bekas MB, Datuk Seri Hasni Mohamad wajar dilantik semula sebagai MB kerana jasa beliau memberi kemenangan kepada BN.


Isu terbaharu itu juga dijangka menimbulkan perpecahan dalaman Umno Johor yang sebelum ini mempunyai kem kem tertentu.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page