top of page

Pelantikan Hannah Yeoh bukan soal kaum, realiti komposisi di Wilayah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Pelantikan Hannah Yeoh Tseow Suan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu diyakini mampu memberikan nilai tambah kepada Wilayah Persekutuan memandangkan beliau merupakan pemimpin tempatan dan Ahli Parlimen Segambut.


Ketua Cabang KEADILAN Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman (gambar) yang menyambut baik pelantikan tersebut berkata, pertukaran Menteri Wilayah Persekutuan beberapa kali sebelum ini menyaksikan posisi berkenaan diisi oleh mereka yang bukan daripada kalangan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan.


"Kali terakhir Menteri Wilayah dipimpin oleh Ahli Parlimen daripada Wilayah Persekutuan adalah ketika Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi menteri yang menamatkan tugas pada 2018.


"Tidak timbul soal perkauman apabila menteri dan timbalan menteri berbangsa Cina kerana posisi Menteri Wilayah Persekutuan adalah sebahagian dari portfolio di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


"Setakat ini terdapat tiga menteri lain berbangsa Melayu di bawah portfolio sama iaitu Datuk Seri Azalina, Datuk Zulkifli Hasan dan Datuk Mustafa Sakmud," katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sambil mengibaratkan pelantikan mantan Menteri Belia dan Sukan itu sebagai sireh pulang ke gagang.


Justeru tegas Syed Badli lagi, soal perkauman tidak timbul dalam pelantikan itu memandangkan jawatan Timbalan Menteri Wilayah juga baru diwujudkan.


Ia katanya bertujuan mengimbangi komposisi pengundi Cina yang agak tinggi di Wilayah Persekutuan khususnya di kawasan bandar seperti Kepong, Bukit Bintang, Cheras, Seputeh dan Segambut.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page