top of page

Pelantikan Dr Wan Azizah di JPM palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2023
  • 1 min read


Isteri Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dilantik memegang apa-apa jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin susulan fitnah terbaharu yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.


"Ini tidak benar. (Ia adalah) propaganda," kata Azman dipetik.


Terdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM.


Azman turut mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang pernah mempengerusikan mesyuarat dalam kalangan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini.


Jelasnya, mesyuarat dipengerusikan itu hanya mesyuarat dalaman Ahli-Ahli Parlimen bagi membincangkan isu di bandar raya itu, ia tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi atau jabatan kerajaan.


"Mereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat tidak rasmi bagi menyelaraskan isu Kuala Lumpur


"Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat sebab beliau pun ahli parlimen Bandar Tun Razak.


"Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page