top of page

Pelantikan ahli baharu JKMR manifestasi kerajaan lawan rasuah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 29, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menyampaikan watikah pelantikan lima ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Sesi 2023-2026 di Bangunan Parlimen.


Lima anggota baharu JKMR yang dilantik adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), Mohd Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), Lo Su Fui (GRS-Tawau) dan Young Syefura Othman (PH-Bentong).


Menurut Anwar, pelantikan itu merupakan manifestasi Kerajaan Madani untuk terus beriltizam dengan segala usaha untuk membanteras gejala rasuah di negara ini.


Melalui satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan keyakinan bahawa ahli JKMR itu akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gejala rasuah yang kian membarah.


"Insya-Allah, moga-moga tanggungjawab besar yang diamanahkan ini dapat digalas dengan penuh adil, tawaduk dan saksama. Pelantikan ini antara lain ternyata adalah manifestasi Kerajaan Madani untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat untuk membanteras gejala rasuah di negara tercinta ini.


"Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan darinya. Saya percaya Ahli JKMR Sesi 2023-2026 akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gejala yang kian membarah,” katanya.


Untuk rekod, JKMR terdiri daripada tujuh orang ahli dengan dua daripadanya masih dalam tempoh lantikan iaitu Ahli Dewan Negara, Md Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Ahli JKMR berperanan menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.


Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengenai perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).


Pelantikan berkenaan selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page