
Pelancaran KHIDMAT Selangor pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) kelmarin oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kesinabungan khidmat sukarelawan SERVE Selangor yang berjaya membantu secara berkesan mangsa mangsa banjir di negeri itu pada Disember lalu.
Menurut aktivis KEADILAN Selangor, Danish Hairudin, selepas ini sukarelawan KHIDMAT pula akan menabur bakti di seluruh negara dengan dinaungi kerajaan Selangor.
"Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor bagi menghargai jasa dan sumbangan 1,000 orang sukarelawan yang membantu ketika negara dilanda musibah banjir.
"Kesinambungan kejayaan SERVE di Selangor, Datuk Seri Anwar telah meluncurkan sukarelawan yang dikenali sebagai KHIDMAT untuk bergerak ke setiap pelusuk negeri di Malaysia bagi memberi khidmat bakti kepada masyarakat," katanya.
Danish yang terlibat dalam majlis berkenaan turut mengucapkan penghargaan kepada kepada Joe Wings dan Gerhana Ska Cinta yang telah menghiburkan anak-anak muda yang hadir.
Tidak lupa, katanya kepada semua pihak yang menjayakan majlis berkenaan dan sokongan hebat daripada Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pejabat YB Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda Negeri Selangor, MSNS, AIC, Penggerak Belia Selangor, Mahasiswa. Juga semua NGO dan para sukarelawan serta pengamal media